Sold out

RM104.00

Out of stock

Sku: 231.3100.15

Out of stock

1) Jenis: Pisau dapur ICEL
model: 231.3100.15
panjang: 15 cm atau 5.90 inci (panjang bilah)
material: besi X50CrMoV15 tahan karat
pemegang: kayu pohon Jatoba Brazil
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Pisau dapur serbaguna bersaiz 15cm bilah dari hulu kayu ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Pemegangnya diperbuat dari kayu eksotik pohon JATOBA iaitu sejenis kayu yang mahal & mempunyai urat kayu kasar dengan sifatnya yang keras, tahan lasak dan padat. Warna kayu yang kemerahan dengan diapit bersama paku TEMBAGA memberikan pisau ini keistimewaan tersendiri. Pohon Jatoba merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di hutan hujan A-m-a-zon di Brazil, selatan Mexico, Amerika Tengah & Amerika Selatan. Kebiasaannya kayu pohon Jatoba digunakan dalam pembuatan perabot mewah, lantai, piano, komponen alatan muzik dan menjadi pilihan pengeluar seperti Gibson, Ibanez & TAMA.
Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Ia cukup TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Pisau mampu milik dari siri RARE yang jarang terdapat di rantau ini, TERBAIK untuk surirumah, chef profesional, pelajar bidang perhotelan dan peminat pisau di serata pelusuk Nusantara. Ayuh bersegeralah menurut hawa nafsumu !

Weight 200 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “ICEL – pisau dapur 15cm (hulu KAYU JATOBA)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product