199) Jenis: Pisau DEBA – Tokyo ICEL
model: 261.TK10.21
panjang: 21 cm atau 8.26 inci (panjang bilah)
material: besi X50CrMoV15 tahan karat
kekerasan bilah: 56 Rockwell
pemegang: polimer Proflex
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL
Keterangan: Pisau dapur bilah jenis DEBA adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Siri TOKYO ini sebenarnya mendapat inspirasi dan sebagai penghormatan kepada pisau-pisau keluaran Jepun yang dikenali dengan hasil kerjatangan teliti dan halus.
Bilahnya cukup tajam dan diasah secara konvensional oleh pekerja mahir Portugal yang cukup berdedikasi. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris ikan, ayam, daging dan seumpamanya. Sangat DISYORKAN untuk dimiliki oleh pekerja di dapur hotel / industri sajian / restoran / pelajar kolej bidang perhotelan & Kulinari. Buat pengumpul pisau nun jauh di sana, jadikan koleksi NADIR ini sebagai simpanan di hari mendatang !
Reviews
There are no reviews yet.