1) Jenis: Pisau dapur / chef ICEL
model: 237.NT10.20 (siri NATURE)
panjang: 20 cm atau 7.87 inci (panjang bilah)
material: besi X50CrMoV15 tahan karat
pemegang: kayu pohon Zaitun
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL
Keterangan: Pisau dapur/pisau chef dari siri “NATURE” bersama hulu kayu ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Pemegangnya diperbuat dari kayu pohon ZAITUN iaitu sejenis kayu yang agak mahal & mempunyai urat kayu unik dengan corak abstrak, pohon zaitun merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara Mediterranean. Kebiasaannya kayu pohon zaitun digunakan dalam pembuatan perabot mewah, barang perhiasan & ukiran kayu.
Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia cukup TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Pisau mampu milik dari siri “RARE” yang jarang terdapat di rantau ini, TERBAIK untuk surirumah, chef profesional, pelajar bidang perhotelan dan peminat pisau di serata pelusuk Nusantara. Ayuh kalian, miliki ia hari ini sebelum hilang ditelan zaman !!
NOTA: Harga untuk sebilah
Reviews
There are no reviews yet.