1) Jenis: pisau tetak TULANG / chopper ICEL
model: 341.4024.15
panjang: 15 cm atau 5.90 inci (panjang bilah)
berat: 450 gram
tebal bilah: 4 milimeter
material bilah: besi tahan karat X50crMoV15
pemegang: plastik anti licin Proflex
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL
Keterangan: Pisau tetak beratnya 450 gram ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Mata pisau ini cukup tajam (dengan bilah hampir bentuk V) dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam, ia merupakan pisau kualiti Eropah tetapi dengan harga yang mampu milik.
Pisau ini khusus untuk kerja menetak tulang kecil/mencincang/memotong ikan, ayam, itik / tulang SEDERHANA KERAS, memotong sayuran keras. Pisau tetak ini sangat berguna untuk sebarang kerja di pusat sembelihan ayam / peniaga ikan, dapur rumah dan restoran, juga buat anda yang tercari-cari pisau tetak kualiti Eropah dengan harga mampu milik ! Hulunya yang diperbuat dari plastik Proflex yang tidak licin walau dalam kedaan basah atau berminyak. Ayuh kalian usah berdolak dalik dengannya !!
Reviews
There are no reviews yet.