1) Jenis: kotak nelayan berukir antik
panjang: 41cm
lebar: 16cm
tinggi: 16cm
jenis kayu: tiada maklumat
asal: Malaysia
Keterangan: Kotak Nelayan merupakan alatan yang digunakan oleh nelayan di Semenanjung Malaysia & wilayah Pattani sejak ratusan tahun dahulu. Digunakan untuk menyimpan mata kail, tali tangsi, duit, rokok, tembakau, umpan, timah pemberat. Ia juga berfungsi sebagai alas tempat duduk di dalam perahu dan juga sebagai penyelamat jika perahu karam, sebagai tempat untuk berpaut. Ia mempunyai laci pada kiri dan kanan untuk menyimpan barangan. Ukiran kotak nelayan jenis tebuk timbul menggunakan tangan yang penuh dan sarat pada sisi dan atasnya cukup halus dan berseni dengan motif flora dan tumbuhan.
Kotak nelayan antik berukir indah yang telah berusia lebih 100 tahun ini merupakan hasil kerjatangan teliti tukangnya yang telah lama pergi, jarang dijumpai dan merupakan koleksi kotak nelayan seumpamanya yang masih wujud pada zaman moden hari ini. Diperbuat dari sejenis kayu keras yang ringan & utuh, sangat disyorkan untuk peminat seni kraftangan Nusantara, pengumpul barangan antik, bahan koleksi di restoran & muzium. Seni dari Nusantara yang tak lapuk dek panas dan hujan, lambang kehalusan seni generasi lama yang menjadi sejarah untuk tatapan generasi akan datang.
Reviews
There are no reviews yet.