1) Jenis: pisau memburu MUELA X Victorinox
model: 4.2244
Panjang: 16 CM atau 6.29 inci (panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 28cm atau 11 inci
Berat: 470 gram
Ketebalan bilah: 3 milimeter
Material: Besi tahan karat 420C Moly-Vanadium
Kekerasan bilah: 56 – 58 Rockwell
Warna: kombinasi hitam, coklat dan kelabu
Material sarung: kulit lembu
Buatan: Manufacturas Muela, S.A., Ciudad Real, Sepanyol
Keterangan: Pisau ini dibuat oleh MUELA Sepanyol dan dipasarkan dibawah produk Victorinox AG Switzerland. Perusahaan ini diasaskan oleh Eladio Muela Leon sejak pertengahan tahun 1950an sehingga ke hari ini. Produk mereka yang terkenal di serata dunia ialah pisau memburu, pisau taktikal serta pisau lipat. Pisau memburu MUELA dengan sarung kulit lembu yang dibuat KEMAS ini cukup TAJAM dan dan bilah besinya kelihatan padu serta bertahan lama walaupun setelah digunakan sekian lama.
Pisau dari jenis bilah “BOWIE” ini kelihatan kemas dan tampak “ganas” tatkala disangkut pada susuk tubuh si empunya. Pisau ini sesuai disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; taktikal/memburu/mendaki/berkhemah/memancing atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, DISYORKAN untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi. Inilah “bidadari” jelmaan dunia…
Reviews
There are no reviews yet.