1) Jenis: topi New Era X 2001: A Space Odyssey
model: 9FIFTY
saiz: –
warna: hitam
jenis fabrik: benang bulu bebiri
keluaran: New Era Cap Company, Inc, Buffalo, New York, USA
buatan: china
Keterangan: Topi ini merupakan EDISI KHAS yang dibuat oleh New Era Inc. dari model 9FIFTY jenis “Snapback” dan ia adalah ASLI. Syarikat New Era Cap Co. diasaskan oleh Ehrhardt Koch pada tahun 1920 di Buffalo, USA yang merupakan pengeluar topi rasmi untuk pasukan besbol (MLB), bola sepak (NFL) & bola keranjang (NBA) di seluruh Amerika Syarikat. Jenama New Era pada hari ini telah menjadi buruan & ikutan ramai peminat topi dan dipakai di seluruh dunia termasuk golongan penyanyi & pelakon ternama. Topi KELUARAN KHAS ini adalah sempena memperingati filem sains fiksyen “2001: A Space Odyssey” keluaran tahun 1968, filem sains fiksyen ini pernah dinobatkan sebagai FILEM TERBAIK pernah dihasilkan pada ketika itu dengan kesan khas yang dikira melampaui zaman.
Filem ini diarahkan oleh Stanley Kubrick yang mendapat sanjungan dan penghargaan dari Perpustakaan Kongress dan National Film Registry USA. Tulisan 2001: A Space Odyssey disulam dengan kemas dan rapi pada hadapan topi, manakala pada bahagian tepi dengan logo NE berwarna putih dan bawah topi berwarna kebiruan seperti halilintar kelihatan cukup bergaya. Keseluruhan fabrik topi ini menggunakan fabrik benang bulu bebiri yang tahan lasak dan TERBAIK kualitinya. Warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati filem sains fiksyen dan New Era kerana ia dikeluarkan sekali sahaja dalam unit terhad, jadikan topi EDISI ISTIMEWA ini sebagai koleksi anda sehingga ke akhir usia !
Reviews
There are no reviews yet.