1) Jenis: parang tebas SOG Sogfari
model: MC02-N
Panjang: 18 inci (panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 24 inci
Berat: 521 gram
Bahan pemegang: Polimer Kraton
Logam: Besi 3CR13
kekerasan bilah: 52 – 53 Rockwell
Warna: hitam
Keluaran: SOG Specialty Knives, Lynnwood, USA
Keterangan: Parang panjang ASLI ini dikeluarkan oleh SOG Specialty Knives yang berpangkalan di Lynnwood, USA. Jenama produk SOG diguna oleh pasukan komando US Navy Seal, dimana pada asalnya SOG mendapat ilham semasa era perang di Vietnam dahulu. Hulu parang ini diperbuat dari polimer khas Kraton yang merupakan antara bahan terkuat dan kemas sewaktu digenggam, manakala sarungnya diperbuat dari nylon.
Bilahnya cukup tajam dari besi jenis 3CR13 bersalut sejenis lapisan hitam khas manakala bahagian atasnya pula mempunyai mata gergaji. Parang ini dibuat khusus untuk kegunaan di hutan untuk tugas menebas ranting / semak samun. Ia terbaik untuk mereka yang gemar aktiviti luar; memburu, mendaki, berkhemah, memancing, pemikat burung, pencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah, disyorkan untuk pengumpul parang RARE dan koleksi.
Reviews
There are no reviews yet.