1) Jenis: Pengasah pisau lapah/daging F.HERDER
model: 1133-31,00
panjang: 31 cm atau 12.2 inci
bentuk besi pengasah: bulat
Material: besi 115CRV3
jenis pemegang: kayu Beech (sejenis kayu ketumpatan tinggi)
kadar asah: sederhana
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN
Keterangan: Besi pengasah / besi kilir ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan “Kota Pisau”. Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623 dan berusia lebih 393 TAHUN !! telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama “Tjap Garpu” dengan logo garpu / daun terup / dipanggil “cap spade”.
Ia diperbuat dari campuran besi tumpat TERBAIK dari Jerman, khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Ia sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau “membetulkan” mata bilahnya atau juga untuk membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau. Jika anda masih tercari-cari besi pengasah PREMIUM dengan tarikan magnet yang kuat pada hujung besi, jadikan jenama ini sebagai koleksi anda sepanjang hayat !
Reviews
There are no reviews yet.