1) Jenis: Pisau dapur “Usuba” ICEL
model: 261.TK26.18 (siri Tokyo)
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
material: besi X50CrMoV15 tahan karat
kekerasan bilah: 56 Rockwell
pemegang: polimer Proflex plus
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL
Keterangan: Pisau dapur dari jenis “USUBA” dari siri “TOKYO” adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Siri ini sebenarnya mendapat inspirasi pisau-pisau buatan Jepun yang dikagumi ketajaman & ketelitian pembuatannya. Hulunya diperbuat dari polimer Proflex Plus yang tahan suhu panas dan cukup lasak. Bilahnya dari jenis “mata sebelah” cukup tajam dan diasah secara manual oleh pekerja mahir Portugal yang cukup berdedikasi. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mengupas sayur, buah & makanan dan potongan unik Jepun; “katsuramuki”. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel / restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Ia merupakan pisau ala Jepun yang mampu milik buat semua insan !
Reviews
There are no reviews yet.