1) Jenis: Pisau sembelihan lurus Victorinox
model: 5.5200.31
panjang: 31 cm atau 12.2 inci (panjang bilah)
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: kayu MAPLE
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Keterangan:
Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja PENYEMBELIHAN haiwan seperti; lembu, kerbau, seladang, kijang, rusa, dan haiwan besar lain. Boleh juga digunakan untuk memotong/menghiris ketulan daging bersaiz besar. Bilahnya cukup TAJAM serta tahan lama dari segi ketajaman. Kualiti pisau ini jauh mengatasi pisau / parang sembelihan biasa di pasaran. Pisau jenama ini menjadi pilihan untuk digunakan secara meluas di pusat penyembelihan dan hotel terkemuka di seluruh dunia.
Hulunya kini diperbuat dari kayu MAPLE iaitu sejenis kayu sederhana keras yang tumbuh meliar di Utara Amerika dan Eropah. Kayu Rosewood tidak lagi digunakan pada produk Victorinox akibat diancam kepupusan serta larangan perdagangan yang di buat oleh pertubuhan CITES dan kerajaan Switzerland. Pisau pemegang kayu ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik. VICTORINOX adalah antara pengeluar pisau terulung dari Eropah sejak lebih 133 tahun lampau !!
NOTA: Harga untuk sebilah !
Reviews
There are no reviews yet.