1) Jenis: beg silang “Field” THE NORTH FACE
model: NF0A3KZSTP5-0S
Muatan: 7 liter
Ukuran: 21 x 5.7 x 27.9 cm
Jumlah ruang: 3
warna: biru gelap
berat: 270 gram
material fabrik: polyester kitar semula
Keluaran: The North Face, Inc., Alameda, USA
Buatan: Vietnam
Keterangan: Ini adalah beg silang keluaran dari jenama THE NORTH FACE, ia adalah ASLI keluaran The North Face, Inc., Alameda. Entiti ini adalah pengeluar beg, pakaian & peralatan aktiviti luar terbesar USA yang diasaskan oleh mendiang Douglas Tompkins dan Susie Tompkins pada 1966, yang aktif dengan aktiviti meluncur salji dan mendaki gunung. Logo dan nama The North Face diambil sempena kubah batuan granit di Taman Negara Yosemite, California. Jenama ini banyak menaja ekspedisi mendaki gunung dan muka bumi yang sukar & berbahaya termasuk Everest, K2, Kilimanjaro, Antartika, Low’s Gully dan banyak lagi di serata dunia.
Sebagai menyokong kempen selamatkan bumi, Fabrik beg diperbuat dari bahan Polyester dari bahan kitar semula yang cukup tebal serta tahan lasak, membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Beg dijahit kemas yang menyerlahkan gaya buat si pemakai yang dahagakan cabaran sesuai dengan cogankata mereka Never Stop Exploring. Beg silang ini cukup praktikal untuk kegunaan sesiapa sahaja untuk mengisi barangan; telefon bimbit, pisau, cermin mata, pemetik api, alatan EDC, lampu suluh dan sebagainya. Beg kecil ini boleh dipakai pada bahagian hadapan badan / belakang / disilang mengikut keselesaan si pemakai dalam apa jua situasi. Ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama THE NORTH FACE, dapatkan ia sebagai koleksi peribadi anda !!
Reviews
There are no reviews yet.