1) Jenis: topeng muka / balaclava THE NORTH FACE
Model: NF00A6Y3
Jenis fabrik: polyester, elastane
Ukuran: 36 cm panjang
Warna: hitam
Keistimewaan: Menyahkan kelembapan, cepat kering, tidak gatal untuk cuaca panas
Keterangan: Topeng muka / balaclava ini adalah dari jenama THE NORTH FACE, ia adalah ASLI keluaran The North Face, Inc., Alameda. Entiti ini adalah pengeluar beg, pakaian & peralatan aktiviti luar terbesar USA yang diasaskan oleh mendiang Douglas Tompkins dan Susie Tompkins pada 1966, yang aktif dengan aktiviti meluncur salji dan mendaki gunung. Logo dan nama The North Face diambil sempena kubah batuan granit di Taman Negara Yosemite, California. Jenama ini banyak menaja ekspedisi mendaki gunung dan muka bumi yang sukar & berbahaya termasuk Everest, K2, Kilimanjaro, Antartika, Low’s Gully dan banyak lagi di serata dunia.
Topeng muka ini dibuat khusus untuk kegunaan pendaki gunung, pemancing, penunggang motorsikal, pemandu jentera berat, peluncur salji dan sesuai juga untuk anggota polis / tentera semasa tugas taktikal / peperangan untuk perlindungan terutama pada bahagian muka, kepala & leher. Istimewanya, topeng muka ini diperbuat dari bahan TERBAIK yang dapat menyahkan kelembapan, cepat kering manakala pemakainya tidak mengalami kegatalan pada kulit walau dipakai ketika cuaca panas terik atau dipakai bersama topi keledar / cermin mata.
Reviews
There are no reviews yet.