1) Jenis: pisau dapur/hiris Tojiro – siri berwarna
Model: F-253-BK
panjang: 37.5 cm (panjang keseluruhan), 24cm (bilah)
material bilah: besi molybdenum vanadium
pemegang: elastomer resin anti bakteria (sejenis getah polimer)
Buatan: Fujitora Industry, Tsubame-Sanjo, JEPUN
Kegunaan: Ini adalah pisau siri moden keluaran Fujitora Jepun. Syarikat asal Fujitora Industry Co. Ltd ini diasaskan sejak tahun 1955. Daerah Tsubame-Sanjo cukup terkenal sebagai pembuat/pengeluar pedang samurai & katana terbaik dan melahirkan ramai tukang besi mahir dengan hasil kerjatangan teliti dan halus. Pisau ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM dengan hulu plastik resin mengurangkan tekanan pada jari & tangan, dikhususkan buat mereka yang mengagumi ketelitian seni tukang besi Jepun. Ia terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Pisau ini menepati keperluan persekitaran HACCP, apa tunggu lagi ??
Reviews
There are no reviews yet.