Panduan mendaftar akaun dan memesan barang di laman web ded1 EMPIRE
Buka internet browser di telefon bimbit pintar / peranti pintar tablet (sama ada Chrome / Brave / sebagainya). Telefon pintar biasanya telah di install dengan internet browser, jika tiada sila install melalui menu Playstore (Android – Oppo/Samsung/ASUS/VIVO atau sebagainya) atau melalui App Store (IOS Iphone)
Taip alamat berikut pada internet browser anda untuk mendaftar akaun https://niaga.ded1.net/my-account dan lihat pada Menu REGISTER di bawah. Masukkan Email anda yang sah di ruangan EMAIL ADDRESS dan Katalaluan yang anda mahukan pada ruangan PASSWORD. Pastikan anda ingat dan salin katalaluan berkenaan. Setelah itu klik butang I’M NOT A ROBOT dan Klik juga butang REGISTER berwarna BIRU di bawahnya. NOTA: Katalaluan anda WAJIB dicampur antara huruf dan nombor atau simbol serta terdiri dari 8 hingga 12 abjad !
Setelah itu akan terpapar beberapa menu di internet browser berkenaan akaun anda yang telah didaftar (tetapi masih belum sempurna). Anda perlu memasukkan Nama, Telefon dan Alamat pada akaun anda untuk menyempurnakan pendaftaran akaun.
Klik pada menu ACCOUNT DETAILS dan masukkan nama penuh anda dan maklumat lain yang diperlukan pada ruangan berikut: a. FIRST NAME b. LAST NAME c. DISPLAY NAME d. EMAIL ADDRESS
Kemudian terus Klik butang SAVE CHANGES di bawah sekali.
Klik menu ADDRESSES dan kemudian klik butang EDIT untuk memasukkan alamat anda. Isikan alamat penuh anda pada Ruangan BILLING ADDRESS dan SHIPPING ADDRESS. Pastikan anda tukar maklumat pada ruangan ini setiap kali anda berpindah rumah atau pejabat atau ingin menghantar pesanan kepada orang lain !
Isikan alamat penuh anda atau kemana pesanan mahu dihantar di ruangan berikut:
Country / Region (Negara alamat anda)
Street address (nombor rumah / pejabat, jalan, taman, kampung anda)
Town / City (Bandar terdekat alamat anda)
State / County (Negeri alamat anda)
Postcode / ZIP (Poskod alamat anda)
Phone (Telefon anda / penerima barang)
Kemudian klik butang SAVE ADDRESS di bawahnya.
Langkah terakhir, klik menu ADDRESSES dan lihat pada ruangan BILLING ADDRESS dan SHIPPING ADDRESS mempunyai alamat lengkap berserta nama anda atau penerima barang. KEDUA-DUA RUANGAN INI TIDAK BOLEH DIBIARKAN KOSONG !
MEMESAN BARANG DI LAMAN WEB MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR / PERANTI PINTAR TABLET
Klik dan taip apa-apa perkataan produk yang anda ingin lihat pada ruangan petak pada bahagian atas laman web https://niaga.ded1.net. Ruangan ini mempunyai simbol kanta pada sebelah tepinya.
Jika anda ingin memesan pisau jenama F.HERDER, taip perkataan pisau f.herder di ruangan berkenaan dan tekan butang dengan logo kanta berkenaan. Laman web akan memaparkan semua produk pisau dari jenama F.HERDER. Produk yang bertulis SOLD OUT menandakan ia telah habis atau kami masih belum memasukkan stok baru atau kami masih belum membuat kemaskini terbaru.
Jika anda ternampak produk yang ingin dipesan, terus klik pada gambar produk berkenaan.
Masukkan jumlah kuantiti pisau berkenaan yang anda ingin pesan, jika ingin membeli 1 bilah, letak angka 1 dan terus klik butang ADD TO CART.
Laman web berikut akan dipaparkan setelah itu.
Lihat pada bahagian bawah laman web dan klik butang PROCEED TO CHECK OUT.
Setelah itu akan dipaparkan JUMLAH dan juga maklumat bank ded1 EMPIRE untuk anda buat pindahan wang (melalui online bank / mesin deposit tunai di bank). Klik butang PLACE ORDER.
Pesanan anda akan dimasukkan ke dalam sistem pesanan kami. Pastikan anda membuat pindahan wang ke dalam akaun bank ded1 EMPIRE dalam tempoh 24 jam selepas pesanan dibuat.
Admin kami akan membuat semakan/pengesahan bayaran anda melalui email anda yang didaftar. Nombor tracking syarikat kurier untuk pesanan barangan anda juga akan dimaklumkan melalui email anda. Jadi sila pastikan anda memeriksa email anda dengan kerap (semak pada folder BULK / JUNK / INBOX email anda).
Read More
0
Categories:
Blog