Anugerah Laman Web E-Dagang Malaysia 2022
Anugerah laman web E-dagang Malaysia yang dianjurkan oleh SIDEC (sebuah entiti di bawah Kerajaan Negeri Selangor). Anugerah untuk laman web perniagaan secara dalam talian ini telah diadakan selama beberapa tahun dan mendapat penyertaan dari ribuan syarikat besar dan kecil di seluruh Malaysia dari pelbagai jenis perniagaan. Acara ini mendapat tajaan/sokongan dari pihak AFFIN Bank, FEDEX, VIVO, MATRADE, PIKOM, MDEC, Subplace.
ded1 EMPIRE turut tercalon dalam senarai ke peringkat akhir untuk berentap dengan lebih 200 syarikat lain. Kami berterima kasih tidak terhingga pada pihak SIDEC, S.U.K. Selangor, juri, semua penaja. Anugerah pemenang peringkat akhir telah diadakan pada 17 Disember 2022 di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.
Menang & kalah adat bertanding, jumpa lagi di tahun mendatang !
yang dianjurkan oleh
Read More
0
Categories:
Blog