5.11 berbangga kerana pasukan menyelamat khas Malaysia (SMART) menjadikan jenama 5.11 sebagai pakaian seragam rasmi bagi tahun 2020 untuk semua anggotanya. Untuk makluman anda, pasukan SMART ditubuhkan pada tahun 1995, merupakan agensi di bawah MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) / Jabatan Perdana Menteri. Pasukan SMART MALAYSIA telah diiktiraf dan memenuhi piawaian INSARAG Heavy USAR di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pasukan SMART MALAYSIA pernah terlibat dalam pelbagai operasi menyelamat di seluruh dunia antaranya operasi bencana Tsunami Indonesia (Aceh, Indonesia), operasi semasa gempa bumi India (Gujarat, India), operasi semasa gempa bumi Turki (Golchuk, Turki), pengurusan bencana pesawat terhempas MAS MH17 Ukraine (Donetsk, Ukraine) dan banyak lagi operasi berbahaya lain di serata tempat. Pasukan SMART MALAYSIA meyakini kualiti produk 5.11, mengapa tidak anda ??
Leave a comment