21 Dec
Tahukah anda bahawa di Malaysia juga terdapat spesis pokok ROSEWOOD sendiri selain pokok Rosewood TERBAIK di hutan hujan Amazon Brazil ? Spesis Dalbergia Oliveri / pokok Tamalan yang masih ramai tidak mengetahui itu kini dijadikan pokok peneduh di sekitar Putrajaya. Ia tumbuh di hutan primer dan sekunder di Semenanjung Malaysia. Kayu pokok Rosewood pernah digunakan oleh banyak jenama pengeluar pisau, gitar, dram, piano, perabot mewah untuk membuat hulu pisau dan komponen utama produk tetapi kini ia telah dihentikan. Ia susulan spesis pokok itu kini menjadi semakin PUPUS dan disenaraikan TERANCAM dan senarai MERAH oleh pihak IUCN dan pertubuhan CITES serta larangan perdagangan oleh banyak negara di serata dunia dan semakin RARE yang menjadi buruan peminat di serata dunia !
Kayu spesis ROSEWOOD dicari kerana ira kayu dan warnanya yang cantik serta yang paling utama ia dapat menghasilkan pantulan getaran bunyi yang SEMPURNA apabila ia digunakan untuk menghasilkan alat muzik (gitar, dram, piano).
Untuk maklumat lanjut, layari:

Leave a comment