1) Jenis: Pisau dapur tempa F.DICK
model: 8904721 (model ActiveCut)
panjang: 21 cm atau 8.26 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyphenylene oksida (PPO)
material: besi tempa X30Cr13
kekerasan bilah: 54 Rockwell
Pengiktirafan: NSF (sesuai untuk persekitaran HACCP)
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN
Kegunaan: Pisau dapur / pisau chef ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Pisau ini adalah pisau dari siri “ActiveCut” yang merupakan barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau F.DICK dengan bilah jenis FULL TANG. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris / merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya.
Bilah pisau ini melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besi X30Cr13 adalah jenis DITEMPA berbanding pisau model biasa yang dipotong laser, bilahnya lebih tebal, berat, seimbang dan utuh, sangat tajam dan terbaik. Anda akan merasa suatu kelainan ketika memegang dan menggunakan pisau siri ini. Pisau ini didatangkan dengan buku panduan berserta kotak pembungkusan yang menarik.
Pisau siri ini banyak diguna di dapur hotel terkenal, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Ia TERBAIK untuk mereka yang bergelar chef profesional, peminat/pengumpul koleksi pisau di serata pelusuk Nusantara. Ini adalah koleksi pisau RARE dan jarang didapati di pasaran.
Kelebihan pisau siri ActiveCut ini ialah:
– kualiti pisau PREMIUM dari pengeluar pisau disegani dunia
– besi pisau dari jenis tempa iaitu besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan pertukangan tangan yang teliti oleh tukang yang terbaik dari Jerman.
– pemegang pisau plastik Polyphenylene oksida yang ergonomik, cukup selesa, anti licin dan tampak mewah dan jitu
– Pisau siri ini cukup seimbang, besi terbaik dan melalui proses pembuatan yang teliti
Reviews
There are no reviews yet.