Sold out

RM849.00

Out of stock

1 Review
Sku: 56431
Clear selection

1) Jenis: beg galas taktikal “AMP 10” 5.11
model: 56431
Ukuran: 19 x 10 x 4.5 inci
Muatan: 20 liter

Berat: 1.31 kilogram
warna: hitam, kelabu
material fabrik: Nylon 500D & Nylon 1050D (gred tentera) kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: bangladesh

Keterangan: Beg galas 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan model siri TERBARU yang dipanggil siri AMP (All Mission Pack) yang diperkenalkan oleh 5.11 Inc. — pengeluar barangan taktikal untuk tentera yang berpangkalan di Irvine, California, USA. Beg taktikal ini dibuat khusus untuk anggota polis & tentera, pemburu, pengembara, ia bersaiz sederhana untuk menyimpan peluru/kelopak, botol air, komputer riba (bersaiz 15 inci), pisau, pistol, lampu suluh, walkie talkie, alatan EDC dan sebagainya. Pada bahagian hadapan juga dibuat sejenis jaring berbentuk sarang lebah yang dipanggil sistem HEXGRID —- untuk kegunaan menyangkut/mengikat pelbagai alatan.

Fabrik pada beg ini menggunakan Nylon gred tentera yang lebih tahan lasak untuk tugas taktikal termasuk zip dari jenama YKK yang terbaik, manakala klip dan penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan dari kualiti terbaik serta tahan lasak yang tidak mudah retak / patah. Bahagian tali penggalas bahu pada beg ini juga lebih tebal, dibuat demikian agar dapat mengurangkan “bebanan” berat kandungan beg & mengurangkan kesakitan pada bahu & belakang si pemakai. Beg dari model All Mission Pack 10 dengan muatan 20 LITER ini dibuat untuk mereka yang mencari beg taktikal dengan kualiti PREMIUM, beg TERBAIK untuk lelaki berjiwa kental !

NOTA: Lencana pada beg ini hanya sekadar hiasan dan tidak untuk dijual bersama beg !

Weight 600 g
Warna

hitam, kelabu

1 review for 5.11 – beg galas taktikal AMP 10

  1. Muhammad Kamarul Naim Bin Kamaruddin

    kamaruddinkamarul087

    Morning tuan.. Pre order colour black..

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top