RM1,057.00

1 in stock

Sku: 56563

1 in stock

7) Jenis: beg galas taktikal RUSH 72 “REALTREE” 5.11
model: 56563
Ukuran: 58 x 34 x 21 cm
Muatan: 47.5 liter
Jumlah ruang: 25
berat: 2.3 kilogram
warna: celoreng “REALTREE”
jenis fabrik: Nylon 1000D tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Beg galas 5.11 ini merupakan model beg taktikal dengan corak celoreng jenis “REALTREE”, ia merupakan model RUSH 72. Direka dan diuji oleh veteran tentera Kyle Lamb dari unit VTAC, beg ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. 5.11 membekalkan pakaian seragam kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Fabrik pada beg ini menggunakan Nylon BALISTIK gred tentera (1000D) yang tahan lasak untuk tugas taktikal, zip terbaik dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Ia TERBAIK digunakan untuk tugas penyamaran di hutan rimba & belukar, operasi ketenteraan atau kegunaan harian atau di pakai untuk ke pejabat, ke kolej atau untuk aktiviti luar di rimba raya waima di hutan konkrit. Ia mempunyai ruang yang luas dan banyak malah dapat memuatkan komputer riba bersaiz 15 inci. Pada bahagian belakang & sisinya didatangkan dengan “MOLLE”, jadi anda dapat menyangkut pelbagai alatan lain di bahagian luarnya. Buat mereka yang tercari-cari beg taktikal sebenar dengan kualiti TANPA kompromi, beg RUSH 72 REALTREE ini perlu dimiliki SEGERA !

NOTA: Lencana pada beg ini hanya sekadar hiasan dan tidak untuk dijual bersama beg !

Weight 1620 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “5.11 – beg galas taktikal RUSH72 “REALTREE””

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top