101) Jenis: Bekas kantung air 5.11
model: 56721
Ukuran: 14 x 9 inci
Muatan air: 3 liter
warna: kelabu
jenis bahan: Thermoplastic polyurethane (TPU) tahan lasak
Keterangan: Kantung air taktikal PREMIUM dari gred tentera dari jenama 5.11 yang dibuat dengan kerjasama Hydrapak USA. HYDRAPAK LLC merupakan antara jenama pengeluar kantung air dan bekas minuman untuk kegunaan penggiat aktiviti luar dan sukan lasak sejak 2001 yang diasaskan di Oakland USA. Model kantung air ini dibuat menurut spesifikasi & keperluan anggota keselamatan. Bahannya menggunakan Thermoplastic polyurethane (TPU) yang tahan lasak dan tebal untuk tugas taktikal.
Penggunaan kantung air sebenarnya lebih praktikal & memudahkan sesiapa sahaja tanpa perlu membawa botol air / bekas minuman ketika operasi ketenteraan, mendaki gunung, berkhemah, pelari rentas desa, penunggang motorsikal, penunggang basikal lasak, pengembara.
Kelebihan kantung jenama 5.11:
– Kantung air minuman dari bahan bebas BPA (bisphenol A.) dan bebas PVC yang mana ia tidak memudaratkan kesihatan.
– tiub yang dilapisi penebat Hydrafusion setebal 1 milimeter yang menghindari UV dan menyejukkan air minum
– injap kepala penyedut dari silikon berkualiti bersama penutup dari kotoran
– bahan utama pada kantung iaitu TPU setebal 0.4 milimeter tahan lasak
– mulut kantung yang boleh dibuka luas untuk memudahkan ia dibersihkan serta ruang penyangkut pada bahagian atas
– Sesuai dimasukkan pada kebanyakkan jenama beg galas
NOTA: Kantung air ini boleh diisi dengan air minum sehingga kepanasan 60 darjah Celsius !
Reviews
There are no reviews yet.