RM296.00

2 in stock

Sku: 6860.906.20.0

2 in stock

30) Jenis: pisau tempa “Natura” BURGVOGEL
model: 6860.906.20.0
panjang: 20 cm atau 7.87 inci (panjang bilah)
berat: 260 gram
Kekerasan besi: 56 Rockwell
logam bilah: besi tempa tahan karat Krom Molybdenum X50CrMoV15
pemegang: kayu pohon REDWOOD
Buatan: BURGVOGEL Cutlery GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau siri FORGED / besi jenis ditempa dengan hulu kayu REDWOOD bersaiz 20cm ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik jenis FULL TANG keluaran dari jenama BURGVOGEL, salah satu pembuat pisau terkemuka dari Solingen Jerman sejak tahun 1949 yang diasaskan oleh Karl Bahn Senior. Burgvogel bermaksud burung dari istana dalam bahasa Jerman. Kilang mereka merupakan pelopor penggunaan mesin memproses pisau semi automatik di Solingen pada tahun 1949, sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan “Kota Pisau” sejak lebih 400 tahun silam ! Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN.

Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan teliti dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Pemegangnya diperbuat dari kayu pohon REDWOOD iaitu sejenis kayu yang berwarna kemerahan, tidak mudah reput serta mampat, pohon Redwood merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Sierra Nevada Amerika, Rotorua New Zeland dan wilayah Hubei China. Kebiasaannya kayu pohon Redwood digunakan dalam pembuatan perabot mewah, struktur rumah, alat muzik.

Mata pisau ini disepuh bersama adunan minyak khas dan dikeraskan di dalam ais dengan suhu negatif, ia cukup tajam dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam. Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Marilah bersama Burgvogel, rasai keampuhan dan kemurnian pisau dengan cap burung istana ini wahai peminat pisau Nusantara sekalian !

Weight 400 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “BURGVOGEL – pisau TEMPA hulu REDWOOD (Solingen, JERMAN)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top