RM230.00

2 in stock

Sku: 5650.802.31.0

2 in stock

1) Jenis: pisau sembelih bengkok BURGVOGEL
model: 5650.802.31.0
panjang: 31 cm atau 12.20 inci (panjang bilah)

Berat: 255 gram
Kekerasan besi: 56 Rockwell
material bilah: besi tahan karat Krom Molybdenum X50CrMo14
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: BURGVOGEL Cutlery GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau sembelih bengkok ini adalah keluaran dari jenama BURGVOGEL, salah satu pembuat pisau terkemuka dari Solingen Jerman sejak tahun 1949 yang diasaskan oleh Karl Bahn Senior. Burgvogel bermaksud burung dari istana dalam bahasa Jerman. Kilang mereka merupakan yang mula-mula sekali menggunakan mesin memproses pisau semi automatik di Solingen pada tahun 1949, sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan “Kota Pisau” sejak lebih 400 tahun silam ! Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN.

Mata pisau ini disepuh bersama adunan minyak khas dan dikeraskan di dalam ais dengan suhu negatif, ia cukup tajam dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam.
Pisau ini khusus untuk kerja menghiris ketulan daging besar, ikan dan TERBAIK untuk kerja menyembelih haiwan bersaiz besar (lembu, kerbau, seladang). Ia sangat berguna untuk kerja di pusat sembelihan, peniaga ikan, peniaga makanan, dapur hotel & restoran, juga buat anda yang tercari-cari pisau sembelih keluaran asli bumi Solingen Jerman. Marilah bersama Burgvogel, rasai keampuhan dan kemurnian pisau dengan cap burung istana ini wahai peminat pisau Nusantara sekalian !

Weight 400 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “BURGVOGEL – pisau sembelih bengkok 12 inci (Solingen JERMAN)”

Your email address will not be published.

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top