Hot

RM255.00

2 in stock

Sku: 165912C
Clear selection

1) Jenis: kasut All Star “black label Celoreng” Converse
model: 165912C
STATUS: baru
saiz US: 7 dan 8
warna: celoreng
komponen bahan: kapas taktikal RIPSTOP, alas kaki “Ortholite”

Keterangan: Kasut EDISI ISTIMEWA dengan warna celoreng ini adalah ASLI, keluaran dari Converse Rubber Shoe Company Inc., merupakan pengeluar kasut lagenda ditubuhkan pada tahun 1908 di Massachusetts, USA. Model ini dikeluarkan semula sempena memperingati kegemilangan kasut Converse “black label” di era 1970an yang menjadi rebutan anak muda pada ketika itu di serata dunia !! Untuk makluman, kasut Converse “Black Label” merupakan versi PREMIUM yang dinaiktaraf dari segi kualiti dan bahan yang digunakan. Keseluruhan kasut ini menggunakan fabrik kapas RIPSTOP tahan lasak yang biasanya digunakan pada pakaian taktikal & tentera dimana ia lebih tebal dan terbaik jadi ia lebih tahan lasak dan tahan lebih lama.

Alas dalam bahagian kaki menggunakan teknologi “Ortholite” yang lebih tebal, lebih selesa, menyerap hentak, menyahkan kelembapan dan menyejukkan bahagian dalaman. Komponen getah pada kasut menggunakan getah lebih berkualiti & berkilat. Lubang pada tali menggunakan bahan logam nikel dan talinya pula dari fabrik yang lebih tebal. Perbezaan ketara Converse ini adalah label berwarna hitam pada belakang tumit kasut yang mempunyai 3 bintang dengan tulisan “Converse All Star Chuck Taylor” iaitu sama seperti pada keluaran Converse di tahun 1970an lampau. Pada bahagian dalam lidah kasut juga dicetak label nama pemilik kasut.
Ini merupakan model keluaran TERHAD dan RARE serta jarang didapati di pasaran. Model kasut ini hanya dikeluarkan sekali seumur hidup dan dibuat khusus buat peminat kasut Converse / peminat kasut RARE untuk dijadikan koleksi hingga ke penghujung usia !!

Weight 600 g
Saiz USA

7, 8

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “CONVERSE 1970an – kasut All Star Celoreng BLACK LABEL”

Your email address will not be published.

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top