RM610.00

1 in stock

1 in stock

2) Jenis: ketam kayu Marples RECORD (Edisi CALVERT STEVENS)
model: 05
struktur logam: besi tumpat tetuang
logam bilah ketam: besi Tungsten Vanadium
panjang ketam: 35.5 cm
condong bilah: 45 darjah
Buatan: Record Tools Limited, Parkway Works, Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Ini merupakan ketam kayu untuk kayu keras bersaiz panjang dan masih keadaan kasar, merupakan versi CALVERT STEVENS keluaran LAMA 1990an dari jenama RECORD. Ia direka dan dibangunkan oleh Martin Calvert dan Mel Stevens (jurutera produk). Jenama yang dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1909 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan “Kota Pisau”. Industri alatan industri di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan alatan industri. Jenama RECORD merupakan pelopor dalam pembuatan ketam kayu tangan sejak lebih 100 tahun lampau dan menjadi pilihan tukang kayu dari serata dunia.

Ketam kayu ini masih dalam keadaan baru & baik, struktur alat ini cukup utuh dan padu dari besi jenis tetuang, bersama kotak asalnya yang telah sedikit reput dimamah usia dan buku panduan. Pemegangnya diperbuat dari kayu keras BEECH Eropah manakala skru pelaras diperbuat dari TEMBAGA ! Merupakan model ketam kayu dari kualiti TERBAIK yang hampir PUPUS dan cukup RARE pada hari ini. Disyorkan untuk dimiliki oleh peminat alatan buatan Sheffield, England sebagai khazanah peribadi anda sehingga ke hujung usia.

Weight 880 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “RECORD – ketam kayu LAMA No. 05 (Sheffield, ENGLAND)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top