1) Jenis: Pencucuh api / pengasah pisau SOG
model: sh03-cp
panjang: 8.3 x 2 sentimeter
Jenis mata asah: Berlian dan Seramik
Jenis Pencucuh api: Magnesium
berat: 20 gram
Keluaran: SOG Specialty Knives, Lynnwood, USA
buatan: china
Keterangan: Pengasah kecil 3-dalam-1 berserta pencucuh api Firestarter ini di keluarkan oleh SOG Specialty Knives yang berpangkalan di Lynnwood, USA. Jenama produk SOG digunakan oleh pasukan komando US Navy Seal, dimana pada asalnya SOG mendapat ilham semasa era perang di Vietnam dahulu. Pengasah & pencucuh api ini kecil, ringkas dan mudah dibawa malah boleh diletak di dalam poket dan digantung pada rantai kunci. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah sederhana dan sesuai untuk menajamkan pisau kecil, gunting, pisau bilah bergigi, pahat, cangkuk, pisau bilah bengkok. Ia merupakan alatan yang WAJIB DIMILIKI oleh setiap umat manusia sama ada di tengah kota dan belantara raya !
Mata pengasah jenis berlian mempercepatkan kerja asahan pisau, manakala pengasah seramik memudahkan kerja asahan pisau bergigi/gunting. Pencucuh api dari batang Magnesium merupakan bahan yang mudah menghasilkan percikan api untuk menghidupkan unggun api, memasak, membakar hutan. Anda perlu mengumpulkan bahan mudah terbakar (rumput kering, kertas, daun, sabut) dan goreskan bahan magnesium berkenaan berkali-kali sambil dekatkan percikan api pada bahan pembakaran berkenaan. Anda tidak perlu bergantung pada pemetik api & mancis yang mungkin kehabisan gas / bahan bakar / basah di saat genting. Ayuh kalian, anda mungkin memerlukannya kelak, sediakan payung sebelum hujan !
Reviews
There are no reviews yet.