Sold out

RM354.00

Out of stock

Sku: TNF05CH

Out of stock

2) Jenis: beg galas “Chimera” THE NORTH FACE
model: TNF05CH
Ukuran: 47.5 cm X 33 cm X 19 cm
Muatan: 24 liter
Jumlah ruang:
berat: 595 gram
warna: oren + kelabu
material fabrik: Nylon Ironlite 70D
Keluaran: The North Face, Inc., Alameda, USA
Buatan: Vietnam

Keterangan: Ini adalah beg galas digelar “CHIMERA” dengan muatan 24 liter keluaran dari jenama THE NORTH FACE, ia adalah ASLI keluaran The North Face, Inc., Alameda. Entiti ini adalah pengeluar beg, pakaian & peralatan aktiviti luar terbesar USA yang diasaskan oleh mendiang Douglas Tompkins dan Susie Tompkins pada 1966, yang aktif dengan aktiviti meluncur salji dan mendaki gunung. Logo dan nama The North Face diambil sempena kubah batuan granit di Taman Negara Yosemite, California. Jenama ini banyak menaja ekspedisi mendaki gunung dan muka bumi yang sukar & berbahaya termasuk Everest, K2, Kilimanjaro, Antartika, Low’s Gully dan banyak lagi di serata dunia.

Fabrik beg diperbuat dari bahan Nylon 70D Ironlite yang cukup ringan, cepat kering serta tahan lasak, membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Beg berwarna OREN terang & dijahit kemas yang menyerlahkan gaya buat si pemakai yang dahagakan cabaran sesuai dengan cogankata mereka Never Stop Exploring. Ia boleh digunakan untuk ke tempat kerja, mengembara, mendaki gunung, berbasikal, pelari marathon, ke sekolah/kolej atau untuk aktiviti luar di rimba raya waima di hutan konkrit. Jika anda tercari-cari beg galas tahan lasak dari jenama yang dipakai pendaki profesional serata dunia, beg CHIMERA ini sesungguhnya dibuat untuk demikian !

Weight 600 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “THE NORTH FACE – beg galas Chimera 24 liter”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top