Sold out

RM840.00

Out of stock

Out of stock

1) Jenis: pisau “Jambiya”
Panjang: 16 cm(panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 32 cm
Bahan hulu: tanduk haiwan & besi
Logam bilah: tidak diketahui
Buatan: wilayah Arab Timur Tengah

Keterangan: Ini ialah sejenis pisau JAMBIYA lama —- sejenis pisau tradisi yang berasal dari wilayah Hadhramaut Yaman. Yaman merupakan negara di Timur Tengah berhampiran dengan Afrika Timur dan salah satu daripada pusat peradaban yang tertua di dunia sejak abad ke 9 sebelum Masehi. Pemakaian pisau ini dianggap sebagai simbol kegagahan dan maruah untuk kaum lelaki masyarakat Arab Yaman.

Jambiya biasanya diselitkan pada talipinggang dan dipakai di hadapan tubuh si empunya, kekayaan dan status sosial pemiliknya juga dilihat pada jenis dan nilai jambiya yang disisip pada badan. Pada hari ini ia biasanya digunakan di dalam majlis kebudayaan tari-menari masyarakat setempat. Hulu dan sarungnya diperbuat dari gabungan besi berukir bunga-bungaan yang cukup halus dan tanduk haiwan. Pisau jambiya dikenal dari bilahnya yang pendek dan melengkung dengan dua sisi mata pisau. KHUSUS untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi sehingga ke akhir zaman !

Weight 10 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pisau JAMBIYA (Timur Tengah)”

Your email address will not be published.

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top