Sale

RM139.00

In Stock

Sku: N/A
Clear selection

1) Jenis: kasut but taktikal RIDGE
Model: 4105 dan 4205
tinggi but: 8 dan 6 inci
saiz: 8 – 12 US
warna: hitam
material: 900D nylon lasak, Kulit, tapak dari getah karbon
Keluaran: Ridge Outdoors Inc. Florida, USA
Buatan: china

Keterangan: Kasut but taktikal RIDGE ini adalah ASLI dan merupakan STOK LAMA untuk penghabisan stok dan DIJUAL SEADANYA. Entiti Ridge Inc. ini diasaskan sejak 1996 yang merupakan antara pembekal kasut untuk pasukan keselamatan, anggota paramedik, anggota bomba di Amerika. Bahagian tapak dari jenis getah karbon dan fabrik nylon kasut but ini masih kekal utuh dan tidak reput atau terkopak. Bahagian kulit kasut ini ada yang telah merekah namun ia masih boleh dipakai untuk sebarang aktiviti.


Tapaknya adalah jenis getah KARBON yang tahan lasak dan dijahit rapi disekelilingnya untuk mengelakkan ia tercabut tika anda meredah hutan belantara dan meredah sungai yang mengalir deras !

Fabrik kasut ini jenis Nylon 900D adalah tebal dan tahan lasak tetapi sungguh RINGAN. Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi dan kelihatan ringkas dan selesa untuk dipakai harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar.

Kasut but ini sesuai untuk anggota semua anggota penguatkuasa di Malaysia (Polis, Tentera, JPJ, APMM, DBKL, SMART, Bomba, Imigresen, Kastam). Ia mudah dibuka dan dipakai ketika sebarang situasi kerana mempunyai ZIP YKK berkualiti di bahagian tepi kasut ini. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar pemandu trak 4×4, mendaki gunung/berkhemah/peminat barangan tentera dan taktikal. Tapak kasut but ini adalah TIDAK LICIN pada permukaan berminyak / basah dan ia memberi perlindungan terbaik pada buku lali dan kaki anda pada setiap masa.

Weight N/A
Saiz USA

8, 9, 10, 11, 12

Tinggi but

6 inci, 8 inci

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “RIDGE – kasut but taktikal 6 dan 8 inci (STOK LAMA)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top