/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::.
Category: 5.11 - stokin
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung kaki/stokin "RECON" 5.11
Model: 10010
saiz: S/M, L/XL
warna: hijau/oren, hitam/kelabu. kelabu/oren
Fabrik: 36% kapas, 36% Polyester, 19% Spandex, 4% Nylon, 5% getah

Keterangan: Sarung kaki / Stokin 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia merupakan stokin jenis pendek paras buku lali, ia sungguh SELESA dan TERBAIK dicipta khusus untuk anda yang mahukan stokin yang tebal, sejuk, tahan lasak. Stokin ini dicipta dengan fungsi 5 zon perlindungan bahagian kaki anda, didatangkan dengan fabrik bahagian bawah yang tebal dan mengekalkan kaki anda kering setiap masa dengan fabrik teknologi khusus dari 5.11. Stokin ini sedap dipakai sama ada anda memakainya bersama kasut nylon/suede, kasut kulit, kasut jogging, kasut mendaki gunung sama ada untuk aktiviti riadah atau di dalam pejabat. Jika anda masih tercari-cari stokin TERBAIK dan SELESA, stokin 5.11 ini perlu disemat di sanubari anda !!

Harga: RM 64.00 - SEPASANG

stokin-rendah-recon-5.11stokin-rendah-recon-5.11stokin-rendah-recon-5.11

Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur GRANTON
model: 57658
panjang: 8.66 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tahan karat 1.4034
Kekerasan bilah: 54 - 55 Rockwell
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Pisau dapur bersaiz 8 inci dari jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! pernah mencapai kegemilangan sejak zaman kolonial, buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata. Jenama GRANTON merupakan pencipta bilah jalur atau dipanggil "granton" yang kemudiannya di tiru oleh semua jenama pisau dari serata dunia.
Pisau ini disarankan buat mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik SHEFFIELD, ENGLAND. Hulunya diperbuat dari kayu ROSEWOOD iaitu sejenis
kayu keras yang biasanya diguna dalam pembuatan perabot mewah dan pilihan pengeluar alat muzik Ibanez & Gibson
. Pisau dengan hulu kayu ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik.
Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Jenama pisau khas buat mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di seantero dunia. GRANTON merupakan jenama pisau yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini !!

Harga: RM 136.00 - SEBILAH

nullnullnullnull
Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit
2) Jenis: Batu asah ARKANSAS Lansky
model: LBS6S
Ukuran: 15 x 5 cm
kadar asah: sederhana
Grit: -
Buatan: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA

Keterangan: Batu asah yang dibuat dari batuan unik "Novaculite" yang hanya terdapat di pergunungan Ouachita di Arkansas & Oklahoma USA ini adalah dari jenama LANSKY. Pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap. Batuan NOVACULITE yang terdiri dari silika telah digunakan ribuan tahun oleh puak Red Indian USA untuk mengasah senjata dan perlombongan batuan ini bermula sejak awal tahun 1800 lagi untuk mendapatkan batuan berharga ini. Batu ini khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pahat, kapak, sabit, parang dan sebagainya dan semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah "lembut / sederhana, merupakan batu pengasah untuk menajamkan mata pisau yang kurang tajam tetapi masih berkeadaan baik.
Pengasah ini didatangkan dengan alas plastik anti licin & istimewanya pengasah ini, ia boleh ditelangkup untuk melindungi permukaan batu asah agar sentiasa terjaga. Anda mencari batu asah RARE & terbaik ? Lansky ini dicipta buat kalian !!

Harga: RM 163.00 - SEBIJI

nullnullnullnull

Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau memburu MUELA X Victorinox
model: 4.2243
Panjang: 16 CM atau 6.29 inci (panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 28cm atau 11 inci

Berat: 320 gram
Ketebalan bilah: 0.3 milimeter
Material: Besi tahan karat 420C Moly-Vanadium
Kekerasan bilah: 56 - 58 Rockwell

Warna: kombinasi hitam, hijau dan Krom
Material sarung: plastik polypropylene tahan lasak
Buatan: Manufacturas Muela, S.A., Ciudad Real, Sepanyol

Keterangan: Pisau ini dibuat oleh MUELA Sepanyol dan dipasarkan dibawah produk Victorinox AG Switzerland. Perusahaan ini diasaskan oleh Eladio Muela Leon sejak pertengahan tahun 1950an sehingga ke hari ini. Produk mereka yang terkenal di serata dunia ialah pisau memburu, pisau taktikal serta pisau lipat. Pisau memburu MUELA dengan sarung plastik polypropylene ini cukup TAJAM dan dan bilah besinya kelihatan padu serta bertahan lama walaupun telah digunakan sekian lama. Pisau dari jenis bilah "BOWIE" ini kelihatan kemas dan tampak "ganas" pabila disangkut pada pinggang. Pisau ini sesuai disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; taktikal/memburu/mendaki/berkhemah/memancing atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi.

Harga: RM 229.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Batu asah / Whetstone Grit 1000/3000
Ukuran: 23 x 6.5 x 4.5 sentimeter
kadar asah: Asas (1000) dan Sederhana (3000)
Grit: 1000 & 3000
Buatan: Fujitora Industry, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Keterangan: Ini adalah batu asah keluaran TERBAIK Fujitora Jepun. Syarikat asal Fujitora Industry Co. Ltd ini diasaskan semenjak tahun 1955. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Batu ini didatangkan dengan tapak alas jenis plastik dibawahnya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu asah ini mempunyai 2 jenis kadar asahan (1000 & 3000), jadi anda tidak perlu membawa banyak batu asah jika tugas anda memerlukan ke sana sini. Asahan grit 1000 merupakan ASAS untuk mengasah, manakala grit 3000 disyorkan selepas mengasah dari grit 1000. Penggunaan batu asah grit 3000 dapat mengekalkan ketahanan tajam mata bilah agar lebih lama. Batu asah grit 3000 adalah TERBAIK terutamanya untuk pisau lapah.

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 15 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 198.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
3) Jenis: Batu asah / WhetStone Grit 1000
Ukuran: 20.7 x 6.6 x 3.4 cm
kadar asah: Asas
Grit: 1000
Buatan: MATSUNAGA STONE CO.LTD, Osaka, JEPUN

Keterangan: Batu pengasah grit 1000 ini adalah disyorkan sebagai batu asas mengasah pisau, ia adalah ASLI dan dibuat di negara yang terkenal sebagai pengeluar pedang samurai dan batu asah gred premium Jepun. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah. Ia sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau haus mata bilahnya. Anda disyorkan untuk menggunakan batu asah PREMIUM ini dengan kombinasi batu asah pelbagai grit lain.

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 15 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 119.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Batu asah / WhetStone Grit 6000
Ukuran: 21 x 7.3 x 2.2 cm
kadar asah: pra halus
Grit: 6000
Buatan: MATSUNAGA STONE CO.LTD, Osaka, JEPUN

Keterangan: Batu pengasah ini adalah dari gred TERBAIK gred PRA HALUS, ia adalah ASLI dan dibuat di negara yang terkenal sebagai pengeluar pedang samurai dan batu asah gred premium Jepun. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah permulaan halus, TERBAIK sebagai batu pengasah untuk melicinkan dan "mengilatkan" mata pisau anda pada PERINGKAT AKHIR kerja mengasah. Jika anda masih tercari-cari batu asah PREMIUM terbaik untuk senjata/pisau anda, batu asah ini adalah alatan wajib untuk dimiliki.

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 5 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 251.00
batu asah jepun pra halus grit 6000batu asah jepun pra halus grit 6000batu asah jepun pra halus grit 6000
Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit
2) Jenis: Pengasah pisau tarik Lansky
model: LNLSTCN
Ukuran: 16 x 6.8 cm
Sudut asah: 22.5 darjah
Mata pengasah: tungsten karbida
keluaran: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA
buatan: china

Keterangan: Pengasah pisau ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap.
Pengasah ini ringkas dan mudah dibawa, sesuai untuk mengasah pisau bersaiz kecil / pisau dapur / pisau lapah / pisau sembelihan. Pengasah jenis ini TERBAIK untuk mereka yang tidak yakin / takut menggunakan pengasah jenis batang. Pengasah jenis ini mempunyai pelindung khas pada tangan untuk mengelakkan kecederaan pada jari / tangan anda semasa mengendalikannya.

Harga: RM 70.00 - SEUNIT (STOK HABIS)

nullnullnullnull
Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit
2) Jenis: Batu asah BERLIAN Lansky
model: LDB6F
Ukuran: 15 x 5 cm
kadar asah: halus
Grit: 600
keluaran: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA
buatan: china

Keterangan: Batu asah yang disalut dengan debu berlian ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap. Permukaan batu asah ini disalut dengan serbuk berlian terbaik (berlian merupakan unsur mineral yang sangat keras, ia dapat mengasah dengan kadar segera dan cepat), anda cuma sekadar menggesel pisau pada pengasah ini beberapa kali sahaja tanpa perlu lenguh bahu dan tangan mengasah. Batu asah berlian ini adalah dari grit halus & DISYORKAN untuk kerja akhir mengasah pisau & mendapatkan ketajaman mata lebih halus. Ia sesuai digunakan untuk menajamkan pisau yang diperbuat dari seramik, karbon, titanium dan besi. Ia boleh diguna untuk mengasah sebarang jenis pisau/pahat/parang/sabit/benet dan sebagainya. Pengasah ini didatangkan dengan alas plastik anti licin & istimewanya pengasah ini, ia boleh ditelangkup untuk melindungi permukaan batu asah agar sentiasa terjaga. Anda mencari batu asah berlian yang RARE & terbaik ? Lansky ini dicipta buat kalian !!

Harga: RM 205.00 - sebiji (STOK HABIS)

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau klasik tembaga F.HERDER
model: 4519-17,00
panjang: 17 cm atau 6.69 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Beech (sejenis kayu ketumpatan tinggi) dikelilingi TEMBAGA
material: besi KARBON ConstantSteel - oleh ThyssenKrupp

Kekerasan: 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau siri klasik yang istimewa ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi. Bilahnya diperbuat dari besi khas TERBAIK dipanggil "ConstantSteel", dihasilkan oleh ThyssenKrupp, konglomerat besi terkemuka Jerman. Pada sebahagian hulu / "temin" disarungkan TEMBAGA yang berkilauan !!
Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623, telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan KETAJAMAN besi terbaik Solingen, JERMAN. Ia berguna untuk menghiris/memotong/menyiang ketulan daging/hasil laut/makanan malah cukup tajam untuk tugas menyembelih haiwan kecil. Pisau ini cukup berat & "solid" pabila dipegang, pisau yang RARE dan sangat jarang didapati di pasaran rantau ini. F.HERDER simbol keunggulan Solingen !!

Harga: RM 222.00 - sebilah


nullnullnullnull